Ketika kebanyakan mata wang utama lain memaparkan aksi menyuramkan menjelang mesyuarat polisi FOMC, dagangan emas pula sebaliknya.
Ini dipengaruhi oleh pergerakan hasil bon yang lemah dan risiko dalam pasaran disebabkan kebimbangan terhadap ketegangan geopolitik Ukraine-Rusia sehingga mendorong pelabur beralih ke safe-haven.
Penanda aras hasil bon AS 10 tahun berlegar pada sekitar tahap 1.77%, jauh dari paras tertinggi dua tahun yang dicapainya pada minggu lepas, 1.90%.
Sementara itu, kemelut Ukraine-Rusia turut mendapat campur tangan dari UK yang menggesa sekutu Eropahnya supaya mengenakan sekatan sekiranya Rusia menyerang Ukraine.
Pada sesi Asia, emas diniagakan berlegar pada $1,847 per auns, susut sedikit dari paras ketinggian terbaharu 9 minggu yang dicapainya ketika sesi sebelum ini pada $1,853 per auns.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-forex-emas-tinggi-12pm-26?utm_source=clipboard&utm_campaign=wtshare&utm_medium=widget&utm_content=https%253A%252F%252Fsoundcloud.com%252Fintradaydotmy%252Fsis-forex-emas-tinggi-12pm-26
Tekanan harga yang berterusan dipamerkan oleh kenaikan kadar inflasi global telah menyokong emas lebih tinggi walaupun pada masa yang sama terdapat kebimbangan bahawa Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar faedah untuk membendungnya.
Pelabur kini lebih berwaspada menjelang keputusan mesyuarat polisi FOMC pada awal pagi Khamis nanti (3.00 pagi waktu Malaysia).