Carta harga pasangan mata wang GBP/USD turut pamerkan lonjakan susulan reaksi penyusutan US dolar selepas kenyataan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada mesyuarat FOMC awal pagi ini.
Walaupun reaksi awal melihatkan US dolar melemah, namun penganalisis pasaran masih menjangkakan pergerakan positif untuk raja mata wang itu untuk tempoh masa yang lebih panjang.
Selepas mesyuarat FOMC, tumpuan akan beralih pula kepada mesyuarat polisi bank pusat England pada jam 7 petang ini waktu tempatan.
Bank of England (BOE) juga turut dijangka untuk menaikkan kadar faedahnya, daripada 0.75% kepada 1.00% yang bakal memberi impak positif terhadap Pound.
Jika diperhatikan, harga pada carta GBP/USD telah melonjak hampir 200 pips dari paras 1.24500 mencapai paras ketinggian sekitar 1.26400 susulan reaksi keputusan mesyuarat FOMC.
Sekiranya Pound pula mengukuh selepas mesyuarat BOE, harga bakal meneruskan corak kenaikan tersebut dengan jangkaan peningkatan harga selanjutnya akan menguji rintangan pada 1.27000.
Kenaikan lebih tinggi seterusnya akan menuju ke paras lebih tinggi dengan sasaran adalah ke sekitar ketinggian 1.30000.
Namun jika US dolar berjaya mendapat rentak pengukuhan semula dan kembali membenam harga ke paras rendah, zon support utama yang dilihat akan menjadi tumpuan adalah pada 1.24000.
Turut menjadi tumpuan adalah laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat nanti, pergerakan harga di penghujung minggu bakal lebih mencabar dan berisiko buat para pelabur.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG