Makin bestlah shopping dekat MR DIY. Tunggu dia nak apply bayar guna kripto pulak lepas ni kot.
MR DIY Group (M) Bhd telah menjalinkan kerjasama dengan 3 bank dan 4 penyedia e-dompet dalam menawarkan program ‘Pulangan Tunai Mega’ serta diskaun di seluruh kedainya bermula dari 15 Januari sehingga 28 Febuari 2022.
3 bank dan 4 platform e-dompet tersebut adalah
- HSBC
- Public Bank
- MAE Maybank
- Touch ‘n Go eWallet
- ShopeePay
- GrabPay
- Boost
Ketua pemasaran kumpulan, Alex Goh dalam 1 kenyataan berkata, ini merupakan kali pertama mereka bekerjasama dengan 7 penyedia perkhidmatan kewangan tersebut dalam 1 program.
Tambahnya, pelanggan yang telah menyimpan stok perayaan dan keperluan rumah untuk musim perayaan akan mendapat manfaat dengan mendapat ganjaran dalam pulangan tunai dan diskaun.
Syarikat peruncitan tersebut dilihat sangat komited kepada inisiatifnya, ‘Harga tetap: Harga Kami tetap Sama’ dan di bawah inisiatif yang sama, ia turut tidak akan menaikkan harga semua produk merentasi 3 jenamanya, MR DIY, MR TOY dan MR DOLLAR.