Negara ini mahu penduduknya lulus dalam ujian terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan dalam kripto.
Cuba teka, negara apa?
Rusia!
Difahamkan tuntutan tersebut merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan yang mahu memperkenalkan rangka kerja sah untuk aset digital di negara itu.
Mereka percaya, pendekatan ini dapat membuktikan sama ada pelabur sudah maklum dengan risiko pelaburan kripto atau sebaliknya.
Jika rang undang-undang ini diluluskan, penduduk Rusia yang berminat untuk melabur di dalam kripto perlu mengambil ujian tersebut dalam talian.
Peserta ujian yang lulus berpeluang untuk membuat pelaburan kripto sehingga $7,500 (RM31,398.75) setiap tahun.
Bagi mereka yang gagal, hanya dibenarkan melabur sebanyak $630 (RM2,637.50) setiap tahun sahaja.
Rincian lanjut mengenai ujian ini:
- Merupakan sebahagian protokol kenalpasti know-your-customer(KYC).
- Platform dagangan kripto diminta untuk kekalkan pendaftaran yang memerlukan informasi tinggi mengenai penggunanya.
- Platform dagangan kripto juga perlu berdaftar untuk dapatkan lesen.
- Pihak berkuasa akan memantau pematuhan undang-undang ke atas semua pertukaran kripto.