Menerusi ciapan terbaharu daripada ketua pembangun Ethereum (ETH), Tim Beiko semalam, peralihan kepada Ethereum 2.0 yang dikenali sebagai ‘The Merge’ tidak akan berlaku pada Jun seperti yang diberitahu sebelum ini.
It won't be June, but likely in the few months after. No firm date yet, but we're definitely in the final chapter of PoW on Ethereum
— timbeiko.eth (@TimBeiko) April 12, 2022
“Bukan Jun, tetapi mungkin beberapa bulan selepasnya. Tiada tarikh yang pasti tapi Ethereum sudah pun berada di fasa terakhir Proof of Work (PoW).”
Kenyataan ini membawa perasaan yang berbaur dalam kalangan pelabur dan pelombong Ethereum.
Berdasarkan sumber forum Reddit untuk komuniti pelombong Ethereum, salah satu operator perlombongan yang dikenali sebagai ‘Flexpool__io’ mendapati nod dan kod di testnet masih belum bersedia untuk peralihan sehingga 2023.
Firma perlombongan, Hut 8 pernah menyifatkan kelewatan The Merge bukanlah masalah teknologi, sebaliknya isu pentadbiran yang berlegar dalam ekosistem Ethereum.
Terdahulu, timbul persoalan hala tuju pelombong Ethereum jika Proof of Stake mula mengambil alih sepenuhnya apabila tiba masa.
Beiko menyarankan kepada para pelombong Ethereum untuk tidak lagi membeli sebarang peranti perlombongan.
I would _strongly_ suggest not investing more in mining equipment at this point.
— timbeiko.eth (@TimBeiko) April 12, 2022
Setakat ini, masih belum ada kepastian untuk tarikh The Merge.
Ethereum pada hari ini mencatatkan pergerakan yang sederhana. Ketika penulisan, ETH didagangkan pada $3,107.38 dengan peningkatan hampir 2% dalam 24 jam.