Di tengah-tengah kegawatan pasaran kripto, Tether yang mengeluarkan stablecoin USDT terus mengembangkan kehadiranya dalam pasaran. Pengendali stablecoin terbesar di dunia kini sedang mencari jalan untuk memasuki pasaran British dengan stablecoin GBP₮ baharu, ditambat pada Pound Sterling British.
Ini adalah stablecoin kelima daripada Tether yang ditambat kepada mata wang fiat. Setakat ini, selain daripada USDT yang ditambatkan kepada USD, Tether mempunyai EUR₮ yang ditambat Euro, MXN₮ stablecoin yang ditambat Peso Mexico dan CNH₮ yang ditambat Yuan China.
Pada awal tahun ini pada bulan April, Menteri Kewangan U.K. Rishi Sunak mengumumkan rancangan untuk menjadikan negara itu sebagai hab kripto. Dengan langkah pada baru-baru ini, Tether percaya bahawa ia akan dapat menyumbang ke arah lebih baik yang selari dengan matlamat kripto negara.
Pelancaran GBP₮ datang pada masa yang tepat kerana kerajaan U.K sedang berusaha untuk mengiktiraf stablecoin sebagai bentuk pembayaran yang sah. Tether mengatakan bahawa inisiatif ini akan membantu U.K. menjadi destinasi utama untuk gelombang inovasi kripto seterusnya. Bercakap mengenai perkembangan itu, Paolo Ardoino, CTO Tether berpandangan bahawa pihak Tether percaya bahawa United Kingdom adalah sempadan seterusnya untuk inovasi blockchain dan pelaksanaan mata wang kripto yang lebih luas untuk pasaran kewangan.”
Lanjut beliau, pihak Tether berharap dapat membantu dalam menerajui inovasi ini dengan menyediakan akses kepada pengguna kepada stablecoin yang ditambat GBP.
Tether dilaporkan bersedia untuk bekerjasama dengan pengawal selia UK untuk menjadikan matlamat yang ditetapkan sebagai satu realiti dan menantikan penggunaan berterusan stablecoin Tether.
GBP₮ akan ditambat kepada Pound Sterling British dalam 1:1. Stablecoin akan berfungsi di bawah firma induk tether.to. Dengan adanya GBPT yang disediakan nanti, pelabur kripto British mempunyai pilihan yang lebih murah dan lebih pantas untuk pemindahan aset.