Pengendali exchanger, Nasdaq dilaporkan bakal melancarkan perkhidmatan penyeliaan mata wang kripto Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) kepada pelabur institusi.
Langkah ini bertujuan untuk meluaskan rangkaian perkhidmatan pengendali dalam pasaran kripto dan menumbuhkan kumpulan baharu untuk aset digital.
Kumpulan baharu tersebut akan diketuai oleh Ira Auerbach di mana beliau akan ditugaskan mengawal perkhidmatan broker utama di exchanger kripto Gemini.
Selain itu, usaha syarikat tersebut akan dilaksanakan semasa pelabur institusi sudah mula berminat dengan mata wang kripto walaupun keadaan makro tidak menggalakkan.
Baru-baru ini juga, Blackrock bergabung tenaga bersama Coinbase dalam membolehkan perdagangan BTC kepada pelaburnya, manakala exchanger kripto bakal diwujudkan dengan hasil kerjasama Charles Schwab Corp., Fidelity Digital Assets, Citadel Securities and Virtu Financial.
Melalui ciapan Tal Cohen, naib presiden eksekutif Nasdaq, penggunaan institusi terhadap kripto secara besar-besaran akan membawa revolusi, malah beliau merasakan Nasdaq merupakan platform terbaik untuk memngembangkan lagi pasaran kripto.
Selain daripada perkhidmatan penyeliaan kripto, Nasdaq turut merancang untuk menawarkan perkhidmatan pelaksanaan dan perkhidmatan kecairan (liquidity).