Pelabur komoditi hitam dilihat lebih berhati-hati menjelang mesyuarat OPEC+ yang akan berlangsung pada Ahad., menyaksikan harga minyak mendatar pada sesi dagangan Khamis.
Menuju pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan sedikit susut pada $86 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat berlegar pada $80 setong.
Kedua-dua penanda aras ditutup lebih tinggi pada penutupan dagangan November (Rabu) dengan masing-masing menyaksikan peningkatan lebih $2.
Pelonggaran sekatan Covid-19 di beberapa bandar China seperti Zhengzhou dan Guangzhou sedikit membantu meringankan kebimbangan pasaran komoditi hitam itu.
Namun, pertemuan OPEC+ pada hujung minggu ini menggusarkan pelabur tentang keputusan pengeluaran yang akan diputuskan oleh kartel minyak dunia itu.
Terdahulu, terdapat laporan mengenai jangkaan bahawa OPEC+ akan mengekalkan pengeluaran sedia ada walaupun di tengah-tengah pasaran yang tidak menentu ini.
Dalam pada itu, data yang dikeluarkan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat jatuh sebanyak 12.6 juta tong pada minggu lalu.
Ini jauh lebih baik daripada jangkaan pasaran untuk pengurangan sebanyak 2.8 juta tong, namun inventori petrol dan penyulingan meningkat lebih dari unjuran yang menandakan permintaan berkurangan.