Kisah insiden OpenSea masih belum habis.
Terbaru, platform non-fungible token (NFT) gergasi dunia itu telah pun memperuntukkan sekitar $1.8 juta (RM7.5 juta) kepada penggunanya yang terjejas gara-gara penggodaman baru-baru ini.
Salah seorang pemilik NFT Mutant Ape, Robert Garcia telah membuat aduan kepada OpenSea, menjelaskan koleksinya telah dicuri dan dijual pada 4.7 ETH (sekitar $11,818, bersamaan RM49,497 ketika penulisan artikel).
OpenSea telah menawarkan ganti rugi bernilai 13.4 ETH (sekitar $33,699, bersamaan RM141,135).
Apa dah berlaku?
- Rekod 24 Januari
OpenSea berhadapan dengan kritikan seluruh dunia gara-gara penggodaman yang menyebabkan beberapa koleksi NFT popular terjual pada harga lantai.
Insiden ini dikesan pada tarikh yang sama selepas salah seorang pemilik Bored Ape Yatch Club (BAYC), @/T_BALLER6 meluahkan rasa terkejutnya melalui kicauan di laman Twitter.
Bagaimanapun apabila diselidik oleh komuniti NFT, rupa-rupanya kejadian ini telah berlaku sejak awal Januari 2022.
Difahamkan kejadian ini berpunca daripada pepijat yang mengambil kontrak lama yang masih tersedia di blockchain dan memadankannya dengan informasi pengguna di OpenSea.
Susulan daripada itu, OpenSea telah melancarkan inisiatif tiga fungsi terbaharu dua hari selepas kejadian tersebut.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.