Logam berharga emas diniagakan meningkat paling tinggi dalam tempoh satu bulan ketika kenaikan harga pengguna meningkatkan daya tarikannya sebagai lindung nilai inflasi.
Pada sesi Asia, emas mengukuh pada sekitar harga $1,979 per auns setelah mencapai paras tertinggi sejak 14 Mac pada $1,981 ketika sesi sebelumnya. Sementara niaga hadapan emas pula stabil pada $1,980 per auns.
US dolar dan hasil bon AS 10 tahun pula susut, memberi manfaat kepada logam kuning itu mengekalkan keuntungan dari bacaan data inflasi Amerika Syarikat.
Data terbaharu pada Rabu menunjukkan inflasi AS melonjak lebih tinggi pada Mac sekali gus menguatkan jangkaan untuk kenaikan kadar sebanyak 50 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat polisi bulan depan.
Ini turut disusuli dengan pengukuhan harga pengguna dari UK yang mencecah 7% pada Mac yang menambahkan tekanan buat kerajaan untuk mengawal daripada kos sara hidup dari terus meningkat.
Sementara itu, pengukuhan safe-haven emas turut disokong oleh kebimbangan terhadap oeningkatan dalam konflik Ukraine. Presiden Rusia, Vladimir Putin mengatakan bahawa rundingan damai kini berada di jalan buntu dan beliau akan meneruskan operasi ketenteraannya.