Jom teliti pergerakan harga bagi mata wang safe-haven US dolar dan Yen pula pada minggu ini.
Sebelum ini kedua-dua mata wang tersebut dipacu oleh krisis perang antara Rusia dan Ukraine yang berlarutan beberapa minggu dan mempengaruhi sentimen pasaran.
Namun, setelah panik yang tercetus semakin mereda walaupun peperangan masih berlarutan, pelabur mula memberi reaksi dan tumpuan pula terhadap dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) dan Bank of Japan (BOJ) minggu lalu.
Fed yang memilih pengetatan dasar dengan mengumumkan kenaikan kadar faedah, sementara BOJ pula mengekalkan kadar faedah dan dasar yang longgar, telah memberi arah yang lebih jelas untuk pergerakan harga bagi pasangan mata wang safe-haven USD/JPY.
Harga telah berjaya memaparkan corak kenaikan untuk beberapa minggu kebelakangan ini dan kenaikan yang berjaya diteruskan pada penghujung minggu lalu telah mengatasi ketinggian dicapai pada Januari 2017.
Sesi New York pada Jumaat lalu telah menyaksikan kenaikan harga mencapai paras ketinggian sekitar 119.400, iaitu paras tertinggi terbaru sejak Januari 2016!
Harga masih lagi menunjukkan isyarat untuk bergerak dalam trend bullish disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY, selepas mencapai paras tertinggi terbaru dalam tempoh 6 tahun.
Jika situasi berterusan bersambung pada minggu ini, harga berkemungkinan boleh melepasi paras 120.00 dan mencapai ketinggian terbaru lagi sekitar 120.500.
Walaupun begitu, pelabur tetap perlu berwaspada sekiranya harga membuat kejutan dengan menjunam semula ke bawah.
Paras sokongan terhampir harga dilihat berada di paras 118.00 sebelum penurunan yang diteruskan pada perubahan trend bearish bakal menuju semula sehingga zon 116.300.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG