Matawang Pound kembali merealisasikan prestasi cemerlang untuk mengukuh setelah memperolehi jangkaan hawkish bahawa Bank of England (BOE) barangkali akan meneruskan kenaikan kadar faedah.
Keadaan ini tentunya akan menghangatkan lagi pergerakan pasaran di kala kenyataan tersebut bakal dimuktamadkan pada mesyuarat laporan polisi BOE yang akan berlangsung pada sesi New York kelak.
Jangkaan pelaksanaan terbabit adalah bertujuan untuk mengekang kenaikan kadar inflasi UK yang kini berada di tahap kritikal yang mana ia telah pun merekod keputusan tertinggi dalam tempoh 30 tahun.
Akan tetapi BOE juga terpaksa menilai semula dengan lebih teliti berikutan jangkitan varian Omicron di UK masih merebak dengan agresif dan kebarangkalian ia mungkin perlu kembali membuat sekatan.
Namun begitu, impak daripada jangkaan tersebut sama sekali telah pun menyokong pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD untuk mempersembahkan lonjakan pada dagangan minggu ini.
Lonjakan itu turut menembusi paras rintangan Moving Average 50 (MA50) serta trendline resistance untuk memberi gambaran awal kepada isyarat perubahan trend berkemungkinan bakal dipamerkan.
Maka menjadi sasaran yang terdekat untuk dicapai adalah pada zon rintangan sekitar 1.36000 andai kata pergerakan harga terus memaparkan prestasi cemerlang dalam membuat kenaikan lebih gah.
Trend kenaikan seterusnya berkemungkinan akan menyaksikan pergerakan harga mencapai ke paras rintangan sekitar 1.37460 sebelum kembali dinilai oleh pelabur bagi jangkaan pergerakan berikutnya.
Manakala zon RBS (resistance become support) 1.35000 mungkin bakal menjadi zon yang akan diuji terlebih dahulu jikalau harga kembali menyusut sebelum dijangka akan cecah semula paras 1.33600.
Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG