IntoTheBlock melaporkan jumlah pemilikan wallet Bitcoin (BTC) yang kurang daripada sebulan menyaksikan penyusutan ketika harga raja kripto itu menjunam sebanyak $10,000 dalam tempoh kurang daripada seminggu.
Sedia maklum, Bitcoin berhadapan dengan pembetulan harga sejak akhir Disember, berlegar di paras harga sekitar $45,000-$32,000 sehingga ke hari ini.
Pada 20 Januari, BTC melonjak melebihi paras $43,500 sebelum melepasi paras $33,000 pada 24 Januari.
Keruntuhan harga Bitcoin yang mendadak pada hari tersebut tidak menggugat pelabur jangka panjang (long term hodlers).
Mereka tidak teragak-agak menambah lagi aset, sama seperti yang dilakukan oleh kebanyakan whales termasuk El Salvador.
Bagaimanapun, pelabur amatur (mereka yang baru sahaja menceburi pelaburan Bitcoin) tidak selesa dengan ketidaktentuan pasaran kripto, menyebabkan mereka menjual aset ketika keruntuhan harga dan berhadapan dengan kerugian besar!
Difahamkan golongan pelabur amatur ini telah mengurangkan pegangan BTC mereka sebanyak 36% bagi pemerhatian jangka masa sebulan.
Ketika penulisan, Bitcoin didagangkan pada $36,890, susut hampir 3% dalam 24 jam.