Dan Morehead, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pantera Capital yang merupakan syarikat hedge fund Amerika melaporkan sedang merancang mengumpul $1.25 bilion untuk dana blockchain kedua.
Melalui ciapan Morehead, dana tersebut akan dilabur dalam token digital serta ekuiti sejurus selepas penutupan dana blockchain pada Mei demi menarik minat pelabur.
Tambahnya lagi, syarikatnya akan menyediakan liquidity untuk individu yang sudah berputus asa dengan pasaran kripto kerana pasukannya yakin bahawa aset digital tersebut mampu berkembang maju serta memperoleh keuntungan dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang.
Sekiranya dana blockchain kedua ditutup seperti yang dirancang, ia akan mencontohi pelancaran dana blockchain pertama Pantera pada Mei 2021, iaitu menyasarkan dana sebanyak $600 juta.
Diperjelaskan, hedge fund tersebut bertujuan bagi menutup dana yang disokong $1.3 bilion dalam menggandakan sasarannya.
Oleh demikian Pantera membina produk serta perkhidmatan dalam ekosistem blockchain dengan menawarkan dana token liquid, dana token peringkat awal, dana BTC dan dana venture.
Secara konteks, semasa Bitcoin (BTC) berada hanya pada paras harga $100, Pantera merupakan syarikat dana kripto pertama Amerika Syarikat yang dilancarkan pada 2013 serta memiliki aset berjumlah $4.5 bilion.
Dalam pada itu, Morehead juga pada wawancara 2019 yang lalu pernah menyatakan bahawa BTC berpotensi untuk mencecah sehingga $356,000 menjelang 2022.