Para penggubal dasar ECB cenderung bahawa akan ada lagi satu kenaikan kadar faedah yang besar apabila inflasi dalam ekonomi terbesar zon euro mencecah dua angka, melepasi jangkaan lalu dan menandakan satu lagi bacaan rekod bagi blok itu secara keseluruhan.
Bank Pusat Eropah telah menaikkan kadar dengan gabungan 125 mata asas sepanjang dua mesyuarat terakhirnya dan menjanjikan peningkatan selanjutnya apabila harga makanan dan tenaga melangit menyaring ke seluruh ekonomi dan meningkatkan tekanan harga asas.
Mengukuhkan lagi kenaikan 75 mata asas ialah Jerman melonjak kepada 10.9% pada bulan ini,jauh melebihi jangkaan untuk bacaan 10%. Itu menunjukkan angka inflasi untuk zon eropah berkemungkinan akan melebihi 9.6%.
Menurut penggubal dasar ECB Gediminas Simkus beliau menjangkakan kenaikan 75 mata asas dan kenaikan 50 mata adalah minimum. Penggubal dasar yang lain termasuk Peter Kazimir dari Slovakia, Robert Holzmann dari Austria dan Olli Rehn dari Finland menjangkakan kenaikan 75 mata asas walaupun mesyuarat ECB seterusnya pada 27 Oktober.
“Tiada kelonggaran yang dilihat, dan tahun depan kadar inflasi hanya berkemungkinan menurun kerana harga tenaga tidak mungkin meningkat semula sekuat tahun ini, sebahagiannya disebabkan campur tangan kerajaan,” kata ahli ekonomi Commerzbank,Ralph Solveen.
Mata wang Euro mengukuh 0.33% berbanding US dolar pada paras dagangan 0.9768.