Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg berkata pada hari Rabu bahawa perikatan itu berkemungkinan akan menambah bilangan tentera di sepanjang timur dengan menempatkan empat kumpulan tentera di Bulgaria, Hungary, Romania dan Slovakia.
Menurut Stoltenberg dalam sidang akhbar menjelang sidang kemuncak pemimpin NATO di Brussels, beliau menjangkakan pemimpin akan bersetuju untuk mengukuhkan kehadiran NATO dalam semua wilayah dengan menambah pakatan ketenteraan di bahagian timur.
Sejak pencerobohan Kremlin pada 24 Februari ke atas Ukraine, NATO telah menyediakan 140,000 tentera di rantau itu dan menggerakkan kelengkapan ketenteraan serba canggih. Daripada kira-kira 140,000 tentera, Amerika Syarikat telah menyediakan bahagian terbesar dengan 100,000 tentera.
Anggota perkhidmatan A.S. dan tentera NATO kini ditempatkan di negara jiran anggota NATO sebagai langkah persediaan. Ukraine, yang telah mendapatkan keahlian NATO sejak 2002, bersempadan dengan empat sekutu NATO; Poland, Slovakia, Hungary dan Romania. Poland kini menjadi pusat pengumpulan tentera.
Presiden Joe Biden, yang dijangka akan ke Poland selepas menghadiri sidang kemuncak pemimpin NATO pada hari Khamis sambil menyatakan bahawa terdapat potensi penggunaan senjata kimia.
Stoltenberg memberitahu pemberita di ibu pejabat perikatan di Brussels bahawa penggunaan senjata kimia akan mengubah sifat konflik yang sedang berlaku di Ukraine. Ia akan menjadi pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan, lanjut beliau.