Pasaran mata wang kripto telah melakukan satu pusingan ‘U selepas harga BTC melonjak ke paras $47,000 sebelum ia merosot di bawah $44,000. Kebanyakkan mata wang kripto didagangkan rendah dengan harga BTC jatuh di bawah paras $44,000.
Beberapa hari kebelakangan ini sentimen dilihat tidak begitu memberangsangkan untuk pasaran kripto. Pasaran kripto dihimpit dengan pelbagai sentimen yang tidak memihak antaranya tindakan keras dari Eropah dan reaksi pasaran terhadap keputusan yang diambil the Fed.
Bitcoin bahkan mencapai paras terendah harian $42,727 sebelum melantun semula ke paras $43,535.36. Dengan ini, mata wang kripto telah kehilangan sejumlah 7.5% dalam seminggu yang kebanyakkan kejatuhan besar terjadi dalam dua hari ini.
Pasaran mengambil tindakan untuk mencairkan pegangan BTC sehingga sebanyak 100,000 BTC dicairkan dengan berjumlah melebihi $400 juta. Turut menimpa nasib yang sama ialah altcoin. Bursa kripto Okex antara yang paling besar nilai kecairan sehingga $5 juta.
Pasaran kripto menunjukkan prestasi yang baik pada akhir Mac apabila BTC melonjak ke atas $48,000 dan menandakan paras tertinggi dalam tiga bulan. Namun pada bulan April, perkembangan pasaran kripto dilihat agak lembap dan bitcoin mula kehilangan nilai.
Secara keseluruhannya, pembetulan mata wang kripto nampaknya semakin mendalam, dan adalah penting bagi pasaran untuk mencari paras sokongan bagi mengelakkan kerugian selanjutnya.