Pasaran mata wang kripto berada dalam keadaan yang mendatar dalam jualt tertentu terutamanya untuk harga Bitcoin. BTC setakat ini dilihat terperangkap antara julat $18,000 dan $24,000 sejak beberapa bulan lalu, dengan momentum ‘bullish’ dan ‘bearish’ berlaku.
Segelintir penganalisis menafsirkan hal ini sebagai keadaan pengurangan yang berpanjangan, dimana ia membawa indikasi bahawa pasaran sedang ‘bearish’ terutamanya apabila harga dalam arah aliran menurun.
Penganalisis daripada platform penyelidikan mata wang kripto yang popular CryptoQuant kini memberikan beberapa lagi sebab mengapa pasaran masih berhadapan dengan situasi ‘bearish’. Salah satu tanda bahawa harga Bitcoin nampaknya tidak mempunyai banyak pemangkin untuk peningkatan berikutan kekurangan permintaan yang ketara.
Beliau menegaskan bahawa kadar pendanaan dalam pasaran niaga hadapan telah bertukar negatif apabila harga BTC turun dari paras $22K dan semasa ia menyatu sekitar $18K – $19K.
Penganalisis juga menyimpulkan bahawa beberapa metrik tertentu harus diperhatikan dengan teliti, terutamanya dalam jangka pendek, kerana nilai negatif yang melampau cenderung untuk “meningkatkan kebarangkalian berlakunya short-squeeze dan boleh menyebabkan pembalikan harga mata wang kripto.”
Menurut penganalisis lain, sentimen jangka pendek daripada peserta dalam rantaian kekal dalam aliran menurun. Ini terbukti kerana Spent Output Profit Ratio (SOPR) untuk jangka pendek kekal di bawah nilai satu.
Selain itu, penganalisis turut menyatakan bahawa kebanyakkan para pelabur yang membeli selepas harga tinggi pada Disember 2020 kini mengalami kerugian. Ini menjadikannya lebih sukar bagi pemegang SOPR jangka panjang untuk “berbalik kepada arah aliran positif dalam masa terdekat.”
Walau bagaimanapun, kejatuhan harga dalam pasaran kripto dapat memberi peluang kepada mereka yang ingin melabur dalam kripto. Menurut firma perkhidmatan kewangan Singapura DBS Bank, Bitcoin kekal sebagai peluang seperti sebelum ini.