Token natif bagi blockchain bursa desentralisasi (DEX) rentas rantai, THORChain (RUNE) mencatatkan lonjakan lebih 39% sebelum menyentuh paras tertinggi harian, $5.62 semalam dalam tempoh 24 jam sahaja.
Pun begitu, ketika penulisan, aset ini telah susut lebih 13%, didagangkan pada $4.8 tetapi masih bertahan dengan peningkatan harga hampir 19%.
Apa yang mendorong kepada lonjakan RUNE?
- Aset sintetik – kemunculan THORSynths yang diumumkan empat hari lalu telah diaktifkan di THORChain pada hari ini.
- THORSynths adalah jaminan cagaran bagi aset di THORChain.
- Misalnya: Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), atau XRP masih memiliki nilai yang sama walaupun dikategorikan sebagai THORSynths.
- Macam serupa dengan wrapped token tetapi THORSynths bersandarkan kepada THORChain Liquidity Pools yang mengandungi:
- 50% aset asal
- 50% RUNE
- THORChain Liquidity Pools memastikan harga aset sintetik kekal pada nisbah 1:1 dengan harga aset asal.
- THORSwap Finance pernah menjelaskan bahawa kelebihan aset sintetik ialah utilitinya yang pelbagai untuk pelabur biasa dan pelabur yang mengambil keuntungan dari perbezaan harga koin kripto dalam platform yang berbeza (arbitrageur).
- THORSynths menawarkan transaksi pantas dan kos yang lebih rendah berbanding di rangkaian lapisan-1 (layer-1).
- Setiap transaksi synths mampu meningkatkan jumlah nilai terkunci (TVL) di rangkaian ini.
- Setiap Synth yang dihasilkan mewakili pemilikan liquidity pool bagi aset natif.
- Dijangka pada masa akan datang, kehadiran THORChads juga membolehkan pengguna dapatkan yields (hasil) dengan Synths dengan kewujudan vaults dan tawaran utiliti THORFi.