Mantul, makin ramai pelabur tertarik nak melabur dalam Malaysia.
Pegangan saham asing Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatat kenaikan tertinggi 5 minggu sejak 24 Disember 2021 pada 16.32%.
Sebelum ini, pada 26 November ia mencatat 16.4% kemudian meningkat 16.31% pada 17 Disember.
Pegangan saham asing terendah yang pernah dicatat oleh Maybank adalah pada 6 Januari 2021 pada 13.33% dan yang tertinggi pada 24 May 2013 pada 25.99%.
Dalam pada itu, saham Maybank susut 2 sen atau 0.24% pada RM8.31 dengan pemodalan pasaran RM98.72 bilion.