Emas kekal melemah di sekitar paras terendah sejak September dan menuju minggu terburuknya dalam tempoh dua bulan setelah kehilangan hampir 3.7% sebelum hujung minggu menghampiri.
Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan pada $1,743 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,741 per auns.
Pengukuhan US dolar yang berterusan kekal menjadi pemacu kepada kelemahan dagangan emas pada minggu ini.
Selain daripada keyakinan untuk pengetatan agresif Federal Reserve (Fed), raja mata wang itu dilihat turut mendapat sokongan daripada faktor luaran.
Antaranya adalah kebimbangan terhadap risiko kemelesetan global terutamanya di negara maju seperti Eropah, serta kegoyahan politik di UK yang mendorong permintaan terhadap safe-haven US dolar.
Sementara itu, Pengerusi Fed St Louis, James Bullard dan Gabenor Fed, Christopher Waller menjangkakan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat hanya akan perlahan bukan mengalami kemelesetan.
Pasaran kini menantikan penerbitan data pekerjaan NFP AS yang diramalkan perlahan pada bulan Jun. Bagaimanapun, lebih banyak tumpuan mungkin diletakkan pada purata pendapatan setiap jam.
Jika bank pusat ingin mengurangkan jangkaan inflasi, maka pemerhatian terhadap pertumbuhan gaji akan menjadi sangat penting.