Data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) yang masih tinggi dilihat tidak menggugat pendirian pelabur untuk membeli pada aset berisiko.
Meringkaskan bacaan CPI, yang turut mengukur kadar inflasi, pada asas tahunan angkanya menurun 8.2% berbanding 8.3% namun melewati unjuran 8.1%.
Bagi asas bulanan pula bacaannya meningkat 0.4% daripada 0.1% sementara pasaran menganggarkan angkanya pada 0.2%.
Perkara ini secara tidak langsung membuatkan ekuiti hilang tempat menapak dan dolar mengukur, namun situasi mulai berubah menjelang pengakhiran sesi.
Ketika penutupan sesi dagangan, indeks-indeks Wall Street menerbalikkan penurunan 2.3% iaitu paras terendah sejak November 2020 untuk mencatat keuntungan 2.6%.
Indeks Dow Jones Industrial naik 2.83% pada 30,038.72 sementara S&P 500 capai 2.60% pada 3,669.91 dan Nasdaq Composite tambah 2.23% pada 10,649.15.
Di zon Eropah pula indeks STOXX 600 naik 0.58% dengan tolok MSCI saham seluruh global capai 1.69%.
Rantau Asia menyaksikan Nikkei 225 Jepun bermula baik 2.37% sementara Topix capai 1.74%, Kospi Korea Selatan maju 1.74% dan Kosdaq naik 2.53%.
Tolok S&P/ASX 200 Australia lonjak 1.7% dan indeks meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun tambah 0.83%.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/bob-bursa-al-kisah-cpi-saham-1410?si=1693005f8a474557badb27169a854b75&utm_source=clipboard&utm_medium=text&utm_campaign=social_sharing
Ringkasan mata wang memperlihatkan dolar mengalami penyusutan terbesar dengan Euro lonjak 0.72% sementara Yen melemah 0.24% berbanding greenback pada 147.24 manakala Pound canak 1.99% pada $1.1324.
Hasil Perbendaharaan turut meningkat ke paras tertinggi 14 tahun namun mengimbangi rali ekuiti menjelang penutupan apabila penanda asas nota 10 tahun naik 5.6 mata asas pada 3.958% daripada 3.902%.