Kejadian mengejutkan berkaitan penggodaman berbilion dolar yang mengakibatkan token GALA menjunam 25.6% telah menyebabkan pelabur resah, namun syarikat permainan blockchain Gala Games bertindak menenangkan para komunitinya dengan mengatakan situasi masih terkawal.
Berhubung insiden tersebut, salah satu address wallet dilaporkan telah mengeluarkan lebih $2 bilion GALA ke firma keselamatan blockchain Peckshield pada 3 November.
Rentetan itu, harga token GALA menyusut secara drastik kepada $0.0270 setelah kenaikan pada penghujung Oktober mencapai paras $0.0490, susulan para pelabur bimbang berlaku rug pull atau eksploitasi.
Namun begitu, Gala Games telah menghapuskan “FUD”* melalui platform media sosial Twitter miliknya ekoran kebanyakan individu melemparkan pertuduhan seperti ‘hack’ dan ‘rug’ terhadapnya sungguhpun mereka menafikan perkara tersebut.
*taktik yang digunakan untuk memanipulasi pendapat umum tentang mata wang kripto tertentu atau pasaran kripto secara umum dengan menyebarkan maklumat yang tidak fakta, tidak tepat atau mengelirukan
Menurut Jason Brink, Presiden Gala Games menegaskan bahawa pNetwork telah melakukan transaksi luar biasa pada pertukaran terdesentralisasi (DEX) PancakeSwap bagi mengalirkan liquidity pool.
Tambahnya lagi, Gala Games menggunakan pNetwork, iaitu cross-chain interoperability bridge** yang akan mengenalpasti jika terdapat kesalahan berlaku.
**Mengunci atau membakar token pada rantaian sumber melalui kontrak pintar dan membuka kunci atau mencetak token melalui kontrak pintar lain pada rantaian destinasi.
Diperjelaskan lagi, Gala Games dan pNetwork akan memberhentikan sebarang transaksi di bridge tersebut buat sementara waktu dan menegaskan bahawa aset digital tersebut adalah selamat.
Walaupun begitu, Brink memberi amaran kepada para pelabur untuk tidak membeli pGALA di PancakeSwap pada masa ini susulan ia akan menggantikan token lama yang telah dikompromi.