Penduduk Kanada buat kejutan apabila rekod pengeluaran wang tunai dari bank-bank mencatatkan paras yang luar biasa.
Sentimen tersebut dilaporkan sendiri oleh wartawan ekonomi daripada United Kingdom (UK) melalui akaun rasminya pada 17 Februari.
What the hell is happening to Canada’s banks right now? pic.twitter.com/NRjPWlG0GE
— James Melville 🚜 (@JamesMelville) February 16, 2022
Apa yang berlaku?
- Kanada telah melaksanakan kewajipan mendapatkan suntikan  vaksin COVID-19 bagi penduduk tempatan yang ingin merentas sempadan negara.
- Mandat tersebut dibantah oleh penganjur rusuhan, Konvoi Kebebasan yang disertai oleh ribuan penduduk yang membanjiri ruang jalan di Ottawa.
- Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan pihak kerajaan akan membeku akaun bank penduduk yang menyertai rusuhan tersebut.
- Setakat ini, kerajaan berjaya menggesa Gofundme untuk tumbangkan pihak pengumpul dana yang menyokong rusuhan tersebut.
- Kerajaan negara itu juga telah membeku 34 alamat wallet kripto yang dihubungkan dengan Konvoi Kebebasan.
Pun begitu, berdasarkan pemerhatian di laman media sosial, kebanyakkan penduduk Kanada telah menukarkan wang fiat kepada Bitcoin (BTC) kerana percaya dengan jaminan keselamatan terhadap aset mereka.
Mujurlah mata wang kripto ini sifatnya desentralisasi.
Mustahil untuk sesebuah entiti untuk membeku BTC dan Ethereum (ETH) melainkan kerajaan bertindak kasar bagi mendapatkan maklumat peribadi dan private keys pelabur.
Sebagai rekod, Kanada belum mengesahkan kedudukan aset kripto sebagai mata wang yang sah.
Bila-bila masa sahaja Trudeau boleh bertindak menyekat sebarang perdagangan kripto seperti yang dilakukan oleh China.
Disebabkan itu CEO Kraken, Jesse Powell menasihatkan untuk tidak begitu selesa apabila sudah memindahkan fiat ke dalam kripto kerana segelintir stablecoin:Â USDT, USDC, dan platform pertukaran kripto adalah berpusat.