Pelabur yang meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Selasa semalam, memberi tumpuan pada terbitan data sektor perkhidmatan di UK dan AS.
Jika diteliti pergerakan harga di carta GBP/USD pada awal minggu, harga bergerak mendatar meniti di atas paras sokongan 1.31000.
Namun pergerakan menarik harga dilihat pada Selasa semalam dengan kenaikan dan penurunan harga yang berlaku.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-26#t=0:00
Pada awalnya harga seakan memberi isyarat untuk trend bullish selepas kenaikan dipamerkan pada sesi Asia bersambung ke sesi Eropah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebagai petunjuk perubahan awal trend.
Kenaikan Pound dilihat disokong oleh bacaan data PMI perkhidmatan UK yang diterbitkan sedikit tinggi berbanding jangkaan.
Namun hampir sahaja kenaikan harga menyentuh paras rintangan 1.31700, harga kembali menjunam semula sehingga melepasi paras sokongan 1.3100 awal minggu.
Penurunan sekitar 100 pips tersebut mencecah sekitar 1.30700 di penghujung sesi New York.
Jika diperhatikan, bacaan data tinjauan ISM bagi sektor perkhidmatan di AS kurang memberangsangkan, namun faktor yang mendorong pengukuhan US dolar adalah komen hawkish oleh Gabenor Federal Reserve (Fed) berkenaan dasar monetari mereka.
Justeru, pelabur berkemungkinan menjangkakan harga bakal meneruskan penurunan lebih rendah dengan paras sasaran yang bakal diuji adalah pada zon support 1.3000.
Namun sekiranya kenaikan harga kembali berlaku dan harga bergerak semula di atas paras 1.31000, zon rintangan pada 1.31700-1.32000 masih menjadi tumpuan untuk diuji lagi.
Jika harga berjaya melepasi kenaikan pada zon penting tersebut, harga bakal menuju ke paras ketinggian pada 1.33000 untuk meneruskan pergerakan trend bullish.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG