Kebimbangan menyelubungi peniaga minyak mentah berikutan sekatan Covid-19 yang semakin meluas di China, menyebabkan dagangan komoditi hitam suram pada awal minggu.
Kedua-dua penanda aras memperpanjangkan penyusutan lebih mendalam pada Isnin selepas kehilangan lebih 1% pada akhir dagangan minggu lalu.
Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent merosot 1%, melihatkannya didagangkan pada sekitar harga $93 setong.
Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula menurun 0.9%, membawanya diniagakan pada $87 setong.
Penutupan Covid-19 di China telah mengembalikan kebimbangan pasaran terhadap permintaan daripada pengguna utama minyak dunia itu.
Sebagai rekod, 31 bandar telah melaksanakan pelbagai peringkat sekatan atau langkah kawalan berasaskan daerah yang menjejaskan sekitar 232 juta orang setakat minggu lalu.
Dalam pada itu, kegusaran pasaran diburukkan lagi dengan bacaan terbaru dalam data PMI pembuatan dan perkhidmatan China yang kembali menunjukkan penguncupan pada bulan Oktober.
Dengan sekatan baharu yang dilaksanakan di bandar Wuhan, penganalisis menjangkakan aktiviti ekonomi pada bulan depan akan lebih parah.