Kekal menepati jangkaan kebiasaan bagi keputusan mesyuarat polisi bank pusat Jepun yang dilihat terus mengekalkan dasar monetari yang longgar ketika bank pusat dunia lain sedang meneruskan pengetatan dasar.
Bank of Japan (BOJ) mengekalkan kadar faedah di paras -0.10% dengan sasaran hasil bon 10 tahun pada sekitar 0%, selain memaklumkan kesediaan untuk meningkatkan rangsangan sekiranya diperlukan.
Mata wang Yen tidak menunjukkan reaksi ketara selepas mesyuarat tersebut sementara penganalisis menjangkakan Yen akan terus bergerak lemah berdasarkan faktor fundamental bank pusat.
Sebelum BOJ, mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) terlebih dahulu diberi tumpuan pada sesi New York yang memberi kejutan menyaksikan mata wang Euro menyusut selepas kenaikan kadar oleh ECB.
Namun, Euro sedikit didagangkan meningkat berbanding Yen pada pembukaan awal sesi Asia pagi ini sebelum pergerakan harga mendatar selepas mesyuarat BOJ.
Dapat dilihat pergerakan harga pada carta EUR/JPY yang mendatar sepanjang Rabu lalu di sekitar zon 147.600 mula menunjukkan penurunan pada Khamis semalam susulan reaksi terhadap mesyuarat ECB.
Harga telah menjunam ke paras sekitar 145.600 sebelum pergerakan harga mendatar di sekitar tersebut di penghujung sesi New York.
Sebelum terjunan harga, lantunan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY tersebut namun gagal melepasinya, memberi isyarat untuk perubahan trend bearish buat harga.
Terdapat kenaikan harga di awal sesi Asia pagi ini, namun harga masih kekal berlegar di bawah halangan MA50 dengan jangkaan corak penurunan bakal diteruskan.
Untuk jangkaan penurunan lanjut, harga sekiranya melepasi paras 145.00 kemudiannya dilihat akan sekali lagi menguji zon sokongan pada 144.00 yang menjadi tumpuan ketika reaksi menarik harga di kawasan tersebut ketika campur tangan Jepun penghujung minggu lalu.
Isyarat jelas untuk pergerakan bearish akan mendorong harga untuk menuju sehingga ke sekitar zon 141.00.
Namun, jika harga kembali melonjak pada penutup dagangan minggu ini, melepasi halangan MA50 akan menyaksikan harga sekali lagi menguji zon 147.600 yang menjadi rintangan minggu ini.
Seterusnya, ketinggian pada 148.300 yang dicapai pada minggu lalu dan merupakan rekod tertinggi harga 8 tahun itu akan menjadi sasaran berikutnya untuk dicabar harga.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG