Polis Victoria di Australia dilaporkan akan menerima kuasa baharu yang membenarkan mereka merampas mata wang kripto dan aset digital penjenayah pada masa akan datang.
Mereka juga akan mendapat akses untuk mengarahkan platform mata wang kripto menyerahkan informasi tentang penjenayah tersebut serta merampas wallet digital mereka.
Melaui kenyataan Perdana Menteri Victoria, Daniel Andrews, undang-undang baharu akan diperkenalkan kepada Parlimen di bawah Major Crime dan Community Safety Legistation Amendment Bill 2022 dengan objektif untuk menjatuhkan jenayah terancang di negara itu.
Pihak berkuasa dijangka akan menerima perundangan baru untuk kuasa yang lebih besar agar dapat mengenalpasti serta merampas aset digital penjenayah terancang.
Polis juga akan mendapat kuasa untuk mendapatkan data elektronik semasa melakukan waran geledah serta lebih mudah mendapat harta rampasan jenayah terhadap mangsanya.
Selain itu, polis perlu dilatih dengan betul dalam teknologi penyitaan dan melindungi kunci rahsia wallet digital.
Sehubungan itu, polis akan mendapat bukti yang kukuh apabila penjenayah tersebut membuat transaksi dalam aset digital. Hal ini kerana, maklumat-maklumat di dalam public ledger amat sukar untuk diubah.
Menurut kenyataan Perdana Menteri Victoria lagi, penjenayah pastinya sentiasa dalam proses untuk mengembangkan strategi mereka. Oleh itu, polis perlu bertindak dengan cepat untuk menangani jenayah mata wang kripto dengan penggunaan teknologi baru ini yang bakal berkembang di masa hadapan.