Polygon bakal melancarkan testnet untuk blockchain baharu, Avail dengan tujuan memperkasakan rantaian dan dApps lain tanpa mengira saiznya.
Difahamkan Avail mula bersiaran pada suku kedua 2022, menyertai beberapa penyelesaian skalabiliti seperti Edge, Miden, Zero, Hermez, dan Nightfall.
Avail juga dianggap sebagai rangkaian berdiri sendiri di bawah Polygon. Ia akan membantu mengendalikan dan mengesahkan data off-chain untuk blockchain yang telah berintegrasi dengannya.
#Polygon is building a modular suite of scaling solutions to empower chains and dApps of any size.
And today, we’re sharing our vision for @0xPolygonAvail, a new data availability blockchain that improves scalability across the board.
Learn more 👉 https://t.co/XMBtmI4W1C pic.twitter.com/crsN6J5ueH
— Polygon | Aggregated (@0xPolygon) April 6, 2022
Bagaimana?
Kebanyakan blockchain mengimport sejumlah besar data melalui aplikasi desentralisasi tanpa menyimpannya kerana ia menelan kos yang sangat tinggi. Begitu juga pengesahan yang berkali-kali ketika data itu dikendalikan oleh pelayan ketiga.
Di sinilah Avail memainkan peranan penting dalam menyusun transaksi dan memastikan ia tersedia. Malah, Avail tidak akan mengesah mana-mana transaksi seperti kebiasaan sesebuah blockchain.
Avail juga wujud sebagai lapisan ketersediaan data (data availability layer) untuk penyelesaian lapisan-2 Ethereum, iaitu Optimism dan Validium.
Ketika artikel ini ditulis, token natif Polygon; MATIC mencatatkan nilai seunit $1.51, meningkat hampir 4%.