Lagi satu projek terbaru – adidas Originals dikhabarkan sedang bekerjasama dengan Prada untuk melancarkan satu kolaborasi yang menampilkan kandungan yang pengguna dan seni dimiliki pencipta.
Projek ini akan melibatkan komuniti fesyen, rekaan, dan kripto untuk menghasilkan seni digital berskala besar yang diinspirasikan oleh koleksi fizikal, Re-Nylon.
Tidak cukup dengan itu, Prada dan adidas Originals akan menjemput peserta untuk menyumbang gambar-gambar tidak berdata untuk terlibat dalam projek non-fungible token (NFT) di Polygon.
Artis digital, Zach Lieberman akan menggabungkan 3000 seni NFT yang disumbangkan komuniti dan jadikan satu NFT.
Difahamkan, penyumbang seni masih memiliki hak pemilikan sepenuhnya dan penyertaan dalam projek ini – adidas for Prada re-source adalah percuma. Setiap penyumbang NFT akan menerima keuntungan daripada setiap penjualan adidas for Prada re-source.
Ini bermakna, selagi mana NFT itu berpindah tangan dari seorang pemilik kepada pemilik yang lain, penyumbang yang terlibat akan menerima royalti.
NFT yang terakhir akan dipasarkan di SuperRare.
Sebelum ini adidas Originals pernah melancarkan projek NFT – Into the Metaverse pada Disember 2021 dan sebanyak 30,000 NFT telah dihasilkan untuk lebih 21,000 pembeli.
Projek tersebut merupakan hasil kolaborasi bersama PUNKS Comic, Bored Ape Yatch Club, dan gmoney.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.