2021 merupakan tahun yang sukar buat semua, moga tahun 2022 lebih baik.
Saham Amazon dijangka melonjak pada 2022 selepas menghadapi tahun yang sukar pada 2021.
Menurut penganalisis Guggneheim, Seth Sigman, Amazon akan melalui tahun yang lebih mudah selepas pertumbuhan sederhana yang dicatat pada 2021 dan berkemungkinan meraih faedah daripada beberapa pelaburan berkaitan pandemik dalam rantaian bekalan dan logistik.
Walaubagaimana pun, beberapa penganalisis telah menolak Amazon sebagai pilihan utama termasuk Bank of America Global Research, RBC Capital Markets dan Goldman Sachs.
Saham Amazon hanya naik 2.4% sahaja pada 2021 berbanding 4 saham FAANG lain iaitu Apple naik 34%, Meta Platforms atau dulunya Facebook tambah 23%, Netflix macu 11% dan Alphabet Google lonjak 65%.
Menurut rekod, kali terakhir Amazon mencatat pulangan terburuk adalah pada 2014 apabila ia merosot 22%.
Pada tahun 2021, Amazon menghadapi tahun yang sangat sukar apabila sekatan perjalanan telah ditamatkan dan secara tidak langsung membuatkan pelanggan beraih dari menggunakan perkhidmatan beli-belah dalam talian.
Sebagai perbandingan, pendapatan suku ke-2 2021 mencatat 27% sementara pada tahun 2020 jualannya melonjak 41%.