Pemain Fortnite bakal mendapat akses kepada Party World baharu yang bertemakan rancangan The Tonight Show Starring Jimmy Fallon.
Difahamkan, rancangan hiburan tersebut akan menyertai metaverse di Fortnite sebagai sebahagian daripada tajaan Samsung.
Ekoran itu, pemain bukan sahaja dapat peluang bermain permainan ‘pong on rooftops’ dan perlumbaan di 30 Rockefeller Center, malah peta Fortnite baharu juga akan menampilkan lokasi ikonik seperti bilik penulis Tonight Show dan kedai Samsung maya.
Tambahan pula, pemain juga dapat menyertai cabaran untuk membantu Jimmy Fallon sampai ke Studio 6B.
Maklumat lanjut mengenai acara “Tonight At The Rock”, yang dikuasakan dengan ekosistem Samsung Galaxy akan diterangkan secara terperinci dalam program Jimmy Fallon bagi memudahkan pemain mendapat lebih pemahaman.
Menurut naib presiden Samsung Electronics America, syarikatnya sentiasa mencari peluang untuk memberi pengguna pengalaman unik dengan peranti Galaxy mereka serta membenarkan pemain Fortnite bermain di pelbagai platform seperti PC, konsol dan Android QS.
Ini bukan kali pertama Samsung membuat penampilan di Fortnite kerana syarikat sebelum ini pernah mengeluarkan “Smart City” iaitu replika bandar maya berasaskan produk Samsung pada Fortnite bagi mempromosikan pelancaran Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip 4.