Dolar Australia memaparkan pergerakan menarik yang mencuri perhatian pasaran pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa) dengan tumpuan terarah pada keputusan mesyuarat bank pusat Australia.
Reserve Bank of Australia (RBA) mengejutkan pasaran apabila kenaikan kadar faedah hanya 25 mata asas, lebih rendah berbanding jangkaan 50 mata asas seperti yang dijangkakan.
Kadar faedah telah meningkat kepada 2.60%, meningkat daripada paras 2.35% sebelum ini, namun tidak mencapai jangkaan 2.85%.
Ini telah memberi reaksi awal penurunan pada nilai dolar Australia ketika keputusan kadar diumumkan, namun berjaya pulih semula pada awal sesi Eropah susulan pelabur meneliti kenyataan lanjut oleh bank pusat yang memberi isyarat untuk meneruskan langkah kenaikan kadar faedah pada mesyuarat-mesyuarat berikutnya.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD, corak kenaikan harga dipamerkan pada pembukaan awal minggu semalam apabila harga membuat kenaikan dari paras 0.64000 sehingga melepasi paras 0.65000.
Namun, menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga pada mulanya menunjukkan penurunan perlahan sebelum keputusan mesyuarat RBA telah menekan harga lebih rendah sehingga ke paras sekitar 0.64500.
Kemudiannya harga berjaya melantun semula sehingga melepasi zon rintangan minggu lalu pada 0.65000-0.65300 ketika dagangan yang bersambung di awal sesi Eropah petang ini.
Lantunan semula harga dari paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga AUD/USD turut memberi isyarat untuk pergerakan bullish buat harga.
Kenaikan harga yang dilanjutkan bakal menguji zon SBR (support become resistance) 0.66000 sebelum kenaikan yang diteruskan akan mensasarkan pula pada 0.67000.
Namun, jika lonjakan gagal diteruskan sebaliknya harga menjunam semula lebih rendah, melepasi paras sokongan MA50 akan memberi isyarat perubahan trend bearish.
Penyusutan lebih rendah harga dilihat akan kembali menuju semula ke zon support pada 0.63700 yang diuji pada minggu lalu dan menjadi rekod terendah harga untuk tempoh 2 tahun.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG