Non-fungible token (NFT) terkenal, Pudgy Penguins mencatatkan jumlah jualan yang luar biasa dengan peningkatan sebanyak 578.10% dalam tempoh 24 jam.
Lonjakan tidak dijangka ini rupanya disebabkan oleh peta Antartik yang dikongsi oleh Pudgy Penguins melalui media sosial Twitter semalam.
Quest Map 🗺 pic.twitter.com/G8r7FkIoJw
— Pudgy Penguins (@pudgypenguins) April 21, 2022
Timbul spekulasi yang mengaitkan peta tersebut dengan pelancaran metaverse.
Tetapi sehingga sekarang masih belum ada sebarang pengesahan atau kepastian daripada pihak Pudgy Penguins berkaitan perkara tersebut.
Sebelum ini Yuga Labs ada melancarkan metaverse, Otherside yang diinspirasikan oleh koleksi NFT Bored Ape Yacht Club (BAYC).
Barangkali, Pudgy Penguins ada rancangan untuk mengikut jejak BAYC cuma belum jelas adakah benar atau tidak.
Ketika penulisan, harga lantai bagi koleksi penguin ini bernilai 2.44 ETH ($7,332.40, bersamaan RM 31,606.49).