Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya.
Begitu juga dengan kitaran pengetatan agresif oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang mungkin menghampiri penghujung selepas Gabenor Adrian Orr memberi petunjuk untuk mengenainya.
Dala temu bual bersama Bloomberg dari Jackson Hole, Adrian Orr berkata bahawa akan ada sekurang-kurangnya beberapa lagi kenaikan kadar faedah, dengan keputusan selanjutnya bergantung kepada data yang dikeluarkan.
RBNZ telah menaikkan kadar faedahnya kepada 3% dan mengunjurkan penanda aras itu perlu mencapai sekurang-kurangnya 4% untuk memerangi inflasi tertinggi lebih 30 tahun di New Zealand.
Kebanyakan penganalisis menjangkakan kitaran pengetatan RBNZ akan berakhir pada awal 2023 dengan kadar tunai rasmi berada pada 4%.
Apabila ditanya mengenai kemelesetan, Adrian Orr memberitahu bahawa pandangan teras mereka tidak melihat akan berlakunya kemelesetan teknikal.
Namun, gabenor itu menjelaskan bahawa RBNZ mahu melihat penggunaan yang rendah.
Kelemahan bacaan data jualan runcit yang diterbitkan pada Khamis tidak mengejutkan dan ia dilihat sebagai isyarat yang baik bahawa pengetatan yang dilaksanakan telah memberi kesan.
Walaupun RBNZ tidak mengunjurkan kemelesetan pada 2023, tetapi bank itu meramalkan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dengan ketara kerana ia berusaha untuk mengembalikan keseimbangan dalam pasaran.