Banyak kisah berita Monday Blues harini.
Alphabet Inc milik Google jatuh 5.4% dan Microsoft Corp turun 6.6% pada minggu pertama 2022.
Alphabet memanjangkan penurunan bagi 4 sesi berturut-turut dengan sahamnya menjunam 0.5% pada Jumaat (7 Januari) yang merupakan penurunan terbesarnya sejak Mac 2020 sementara saham Microsoft merudum 0.1% pada hari yang sama.
Microsoft dan Alphabet menghadapi permulaan 2022 yang sukar selepas setahun mencatat prestasi terbaik di mana Alphabet mencapai keuntungan 65% pada 2021 dan Microsoft mencanak melebihi 50%.
Selain itu, sesi dagangan pada Jumaat turut terkesan daripada laporan pekerjaan baharu yang menunjukkan penurunan pada kadar penggangguran dan kenaikan kadar gaji.
Dalam pada itu, Apple Inc naik 0.1%, sementara Amazon.com Inc hilang 0.4% dan Meta Platforms susut 0.2%.
ETF Sektor Perisisan Teknologi Berkembang, iShare jatuh 0.8% dan susut 8.8% pada secara mingguan.
Menurut Goldman Sachs, syarikat tersebut terlebih jual memandangkan terdapat trend permintaan positif pada 2022.
Sementara itu, penurunan saham teknologi telah menyebabkan hasil bon Ameika Syarikat (AS) mencanak dengan hasil perbendaharaan 10 tahun AS naik 1.77% pada Jumaat yang merupakan tertinggi sejak Januari 2020.