Token asli Sandbox, SAND, meningkat daripada paras terendah lapan bulan pada hari Khamis selepas syarikat metaverse itu mengumumkan jalinan kerjasama dengan Lionsgate Studios.
SAND melonjak sebanyak 20% kepada $0.9715 selepas pengumuman, walaupun begitu ia tidak tahan lama dengan pemain pasaran mengambil keuntungan sehingga ia didagangkan pada paras dagangan $0.87 semasa penulisan. Berita tersebut telah membuat SAND berjaya memecahkan kerugian berturut-turut tujuh hari di tengah-tengah kejatuhan dalam pasaran kripto yang lebih luas.
Lionsgate merupakan salah satu studio bebas terbesar di Amerika Syarikat, dan memiliki pemilikan terhadap hak milik filem seperti Hellboy, Rambo, dan The Expendables, yang kini ditetapkan untuk ditampilkan dalam The Sandbox.
Syarikat metaverse SAND itu akan menyediakan kawasan khusus untuk Lionsgate yang digelar sebagai “Action City.” Dalam jalinan kerjsama tersebut, “Action City” Lionsgate akan menampilkan pemilikan berlesen kepunyaan mereka. The Sandbox mendakwa bahawa perkongsian itu menjadikan Lionsgate studio Hollywood utama pertama yang memasuki dunia metaverse mereka.
Dunia metaverse yang dibangunkan oleh SAND sebelum ini telah menampilkan Adidas, Snoop Dogg, The Smurfs, dan juga telah menjual tanah kepada firma utama seperti HSBC. Setakat ini tiada butiran kewangan perjanjian Lionsgate didedahkan.
Disisi lain, Sandbox, yang dimiliki oleh gergasi permainan blockchain Animoca Brands, dilaporkan sedang mencari dana untuk mendapatkan modal lebih $4 bilion.
Prestasi Sandbox dan beberapa pesaingnya setaka ini telah menunjukkan prestasi kurang baik dengan kejatuhan drastik dalam harga mata wang kripto mereka apabila pasaran kripto dicairkan secara besar-besaran. Walaubagaimanapun, ramai yang masih optimis dengan masa depan The Sandbox dan Decentraland.
Semasa inflasi meningkat dan kadar faedah yang tinggi, pelabur kebiasaanya memberi tumpuan pada projek-projek yang berkualiti. Hal ini mungkin memberikan SAND sedikit daya tahan terhadap kemelesetan berterusan dalam pasaran kripto. Namun begitu, mata wang kripto tersebut telah kehilangan kira-kira 85% daripada nilainya pada tahun 2022.