Dolar Amerika terus didagangkan rendah berbanding pesaing utamanya, gagal memanfaatkan bacaan data pembuatan Amerika Syarikat hasil tinjauan ISM yang lebih baik daripada dijangkakan.
Walaupun mencatat penurunan pada bulan Julai, sektor pembuatan AS meningkat 52.8 melebihi jangkaan untuk peningkatan hanya 52.3 daripada 53.0 yang dicatatkan bulan sebelumnya.
Kejatuhan ketara dalam harga memberi petanda tekanan inflasi semakin mereda, tetapi penurunan dalam pesanan baru menambahkan kebimbangan terhadao risiko kemelesetan yang meningkat.
Hasil perbendaharaan AS 10 tahun pula terus merosot lebih rendah berada pada 2.53% ketika sesi Asia hari ini, mempengaruhi US dolar untuk kekal melemah.
Susulan kelemahan hasil bon, mata wang yen mengambil kesempatan untuk meningkat dengan menyentuh paras tertinggi terbaharu sejak pertengahan Jun berbanding greenback.
Beralih kepada kebanyakan mata wang utama, euro masih mengekalkan keuntungan susulan kelemahan US dolar.
Sementara dagangan pound terus disokong oleh jangkaan bahawa Bank of England (BOE) akan melaksankan kenaikan kadar 50 mata asas dalam mesyuarat polisi pada Khamis.
Sebelum itu, pelabur akan memberi tumpuan terlebih dahulu kepada mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) yang dijangkakan meningkatkan kadar faedah setengah mata asas pada hari ini.
Dolar Aussie sedikit merosot selepas meningkat tinggi menjelang keputusan dasar RBA, dolar New Zealand pula kekal dengan keuntungan pada paras ketinggian satu bulan berbanding USD.