Menyusuri minggu terakhir untuk tahun 2022 ini, pergerakan harga kekal mendatar dengan kebanyakan bank ditutup dan para pelabur lebih memilih untuk tidak berada dalam pasaran.
Justeru, pergerakan harga yang mendatar ini sudah dijangkakan oleh penganalisis namun tidak menolak sebarang kejutan dengan faktor kecairan pasaran yang rendah.
US dolar sedikit didagangkan meningkat pada sesi terbaru namun secara keseluruhannya masih bergerak suram dengan kekurangan faktor-faktor yang boleh menggerakkan pasaran di penghujung tahun ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-naik-turun-emas-tergelincir-2912
Jika meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, tidak banyak perubahan dengan corak mendatar yang dipaparkan pada minggu lalu.
Harga masih meniti di atas zon sokongan 1.06000 sejak minggu lalu sehingga menuju penghujung minggu ini dengan sesekali menguji zon tersebut ketika berlaku penurunan harga.
Pergerakan di sekitar paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta juga menunjukkan kesukaran untuk harga menentukan arah selanjutnya.
Namun, untuk jangkaan bagi kenaikan jika berlaku, harga bakal menuju ke zon rintangan 1.07000 untuk menguji semula paras yang telah dicapai pada pertengahan Disember lalu.
Jika harga akhirnya berjaya melepasi zon tersebut, paras ketinggian terbaru 6 bulan bakal dicatatkan dengan sasaran lebih tinggi adalah untuk menuju ke 1.08000.
Sebaliknya jika harga mula membuat penurunan melepasi paras sokongan 1.06000, pelabur akan menilai sebagai petanda awal untuk harga memulakan pergerakan trend bearish.
Penurunan lanjut harga dijangka bakal menyusur ke sekitar 1.05000 untuk zon tumpuan tersebut diuji kembali.
Jika ketiadaan faktor pemangkin untuk pergerakan harga, penganalisis kekal berpandangan corak mendatar akan mengakhiri penutup dagangan 2022 ini, namun tidak menolak sebarang kejutan yang boleh berlaku.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG