Pada jam 9.10 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 9.89 mata pada 1,557.55 daripada penutupan Isnin pada 1,567.44.
Indeks dibuka lemah 2.54 mata pada 1,546.90.
Ia dibuka lemah dengan lanjutan aktiviti profit-taking pada indeks teknologi sementara menjejaki prestasi negatif Wall Street.
Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 307 berbanding 92, manakala 221 kaunter pula tidak berubah, 1,681 tidak didagangkan dan 14 digantung.
Jumlah perolehan pada 155.91 juta unit bernilai RM103.6 juta.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pasaran ekuiti tempatan menyaksikan indeks penanda aras meningkat tinggi disebabkan oleh sokongan berterusan daripada dana asing.
Tambahnya, KLCI dijangka akan berada dalam aliran dalam paras 1,560 ke 1,580 pada hari ini.
Manakala pasaran komoditi memperlihatkan harga minyak sawit mentah turun RM7,000 setan sementara minyak mentah Brent jatuh US$107 atau RM450.52 setong ekoran sekatan perjalanan di Shenzhen China.
Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Public Bank Bhd kukuh 3 sen pada RM8.95 dan RM4.47, Petronas Chemicals Group Bhd susut 17 sen pada RM9.42, IHH Healthcare Bhd dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kekal pada RM6.40 dan RM8.96 sementara CIMB Group Holdings Bhd hilang 3 sen pada RM5.04.
Saham aktif memperlihatkan Hibiscus Petroleum Bhd susut 4 sen pada RM1.07, Bumi Armada Bhd turun 1 sen pada 39 sen dan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) jatuh 1.5 sen pada 96.5 sen.
Di papan indeks, indeks FBM Emas melemah 70.29 mata pada 11,010.04, indeks FBM Emas Shariah menguncup 117.90 mata pada 11,592.61, FBM 70 menyusut 76.97 mata pada 12,893.08, indeks FBMT 100 menurun 67.23 mata pada 10,727.56 dan FBM ACE merudum 41.16 mata pada 5,179.93.
Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menurun 3.18 mata pada 198.74, indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 12.94 mata pada 16,270.15 dan indeks Perladangan melayu 136.03 mata pada 8,098.63.