Pengunduran UK daripada Kesatuan Eropah (EU) telah menjadikan kos perdagangan lebih mahal kerana kelewatan dan peraturan birokrasi, menurut badan pemerhati perbelanjaan parlimen.
Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) mendapati bahawa Brexit telah memberi kesan besar kepada negara itu dan pengaturan sempadan baharu menyebabkan kos kepada perniagaan meningkat.
Penyokong Brexit melihat keluarnya UK dari EU membolehkan kemerdekaan Britain daripada pasaran tunggal Eropah dan ketinggalan jauh di belakang kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China.
Salah satu janji besar Brexit sebelum ini, adalah membebaskan perniagaan UK untuk memberi ruang utama bagi memaksimumkan produktiviti dan sumbangan mereka kepada ekonomi.
Namun begitu, satu-satunya impak yang dapat dikesan setakat ini hanyalah peningkatan kos, kertas kerja dan kelewatan di sempadan.
Situasi ini diburukkan lagi oleh pandemik Covid-19 dan kekangan bekalan global yang lain, menyebabkan perdagangan UK menunjukkan prestasi lemah sejak ia meninggalkan EU.
Pada November, UK menjadi negara maju G7 terakhir yang menyaksikan eksport barangannya melepasi paras purata 2018 sejak pandemik mula melanda, menandakan prestasi perdagangan yang lemah di peringkat global.