Tatkala safe-haven US dolar terus mengukuh selepas bacaan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang di luar jangkaan, pasaran ekuiti terus merudum sementara minyak susut.
Bacaan inflasi pada asas tahunan mencanak 9.1% dari 8.6%, menimbulkan jangkaan pengetatan dasar yang lebih agresif oleh Federal Reserve (Fed).
Presiden Fed Atlanta, Rapheal Bostic, menyatakan terdapat kemungkinan kenaikan kadar faedah sebanyak 100 mata asas semasa mesyuarat Julai.
Selain itu, sentimen pelabur bertambah keruh dengan laporan keuntungan suku ke-2 JPMorgan Chase yang merosot sementara keputusan Morgan Stanley dilihat lemah.
Rentetan itu, Wall Street memperlihatkan indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 0.46%, S&P 500 hilang 0.30% sementara Nasdaq Composite tambah 0.03%.
Indeks STOXX 600 Eropah susut 1.53% dan tolokMSCI saham seluruh dunia turun 0.82%.
Dalam pada itu, dolar kekal mengukuh di paras tertinggi 20 tahun dengan indeks greenback naik 0.351% sementara Euro jatuh 0.47% pada $1.0013 ekoran tekanan Bank Pusat Eropah (ECB) yang ketinggalan dalam dasar monetarinya.
Aliran Pound British juga dilihat susut 0.5% pada $1.1832 sementara bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak memenangi majoriti sokongan pembuat undang-undang Parti Konservatif.
Pada sisi berbeza, nota hasil Perbendaharaan 10 tahun naik 5.5 mata asas pada 2.961% sementara nota hasil Perbendaharaan 2 tahun turun 1 mata asas pada 3.134%.
Suka untuk diingatkan penyongsangan keluk hasil biasanya dilihat sebagai petunjuk bahawa pasaran menjangkakan kemelesetan.
Bagi komoditi, harga minyak susut apabila pelabur mencerna data inflasi AS yang besar mungkin mengurangkan permintaan.
Ia telah menyebabkan minyak mentah AS jatuh 0.07% pada $96.23 dan minyak mentah Brent naik 0.06% pada $99.63.