Harga emas stabil di paras ketinggian dua minggu pada sesi Asia, disokonng oleh dagangan US dolar dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih rendah.
Kelemahan dalam data ekonomi Amerika Syarikat dan pendapatan korporat, serta kebimbangan kemungkinan kemelesetan di seluruh dunia turut mendorong pelabur untuk mendapatkan safe-haven emas.
Ketika penulisan, emas didagangkan sedikit berubah pada $1,860 per auns, sementara niaga hadapan emas pula pada $1,859 per auns.
Sementara US dolar pula dilihat kembali stabil selepas merosot ke paras terendah hampir satu bulan pada sesi sebelumnya. Kemerosotan dolar greenback menjadikan logam berharga emas lebih murah untuk pemegang mata wang lain.
Pasaran saham terus mempamerkan aksi menyuramkan, ditekan oleh masalah rantaian bekalan serta lonjakan kos telah menjejaskan pendapatan korporat dan memperlahankan pengeluaran kilang.
Prospek pertumbuhan yang membimbangkan ini turut mendorong hasil bon AS 10 tahun lebih rendah untuk merosot ke sekitar tahap 2.70% pada sesi sebelumnya.
Walau bagaimanapun, pelabur emas tetap berhati-hati terhadap jangkaan kenaikan kadar faedah oleh bank-bank pusat utama, khususnya Federal reserve (Fed) yang berjanji untuk meningkatkan kadar lebih agresif.