‘Kebanyakannya menurun namun masih membimbangkan.’
Data indeks harga pengeluaran (PPI) Malaysia berkembang 6.8% pada Ogos dan secara keseluruhan menurun untuk 3 bulan berturut-turut.
Sebagai perbandingan, data PPI bulan Jun adalah pada 10.9% sementara bacaan Julai 7.6%.
Mencerap data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada asas bulanan ia mencatat pengurangan sebanyak 0.2% berbanding 2.3% semasa Julai.
Digariskan bahawa penurunan tersebut berlaku ekoran daripada penyusutan 0.1% dalam indeks pembuatan, penurunan pertama sejak September 2020 selepas mencatat peningkatan 22 bulan berturut-turut.
Turut mencuri tumpuan adalah indeks pertanian, perhutanan dan perikanan yang meningkat 2.5% pada Ogos daripada catatan -22.3% semasa Julai.
Ikuti rincian data PPI Malaysia untuk bulan Ogos pada asas tahunan di bawah.
- Indeks pembuatan turun 9.4% pada Ogos berbanding 9.9% semasa Julai.
- Indeks Perlombongan susut 5.8% berbanding 9%.
- Indeks Pertanian, Perhutanan dan Perikanan turun -10.6% berbanding -10.3%.
- Indeks Bekalan Air naik 3.0% berbanding 2.1%.
- Indeks Elekrtik dan Gas kekal pada 0.9%.
Dalam pada itu, bacaan PPi mengikut peringkat pemprosesan pula menyaksikan,
- Indeks bahan mentah untuk pemprosesan turun 0.5% daripada 1.1% semasa Julai.
- Indeks bahan perantaraan, bekalan dan komponen turun 11.3%. daripada 12.5%.
- Indeks barangan siap tambah 2.9% daripada 2.4%.
Pada asas bulanan pula bahan mentah untuk pemprosesan serta Indeks bahan perantaraan, bekalan dan komponen turun 1% sementara indeks barangan siap naik 0.3%.