Francais kedai kopi gergasi global, Starbucks berhasrat untuk melancarkan program ganjaran Web3 yang terbaru untuk menarik perhatian pelanggan tetap menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Interim, Howard Schultz.
Schultz juga menyatakan, inisiatif Web3 digital yang terbaru ini bakal membangunkan lagi Starbucks Rewards sedia ada dengan pendekatan ganjaran spend-t0-earn Stars serta memperkenalkan kaedah baharu untuk berinteraksi dengan lebih emosional bersama pelanggan.
Selain itu, syarikat tersebut juga akan mencari peluang untuk mengukuhkan ekosistem Starbucks Rewards melalui koleksi digital jenama Starbucks. Tujuannya adalah sebagai ganjaran dan elemen pembinaan komuniti.
Pendedahan penuh akan diumumkan pada Starbucks Investor Day, 13 September nanti. Ini akan menjadi rangkaian digital baru yang tercipta agar dapat menarik lagi minat pelanggan yang baru dan pelanggan sedia ada.
Laporan suku tahunan syarikat Starbucks telah mengatasi unjuran penganalisis dengan kenaikan 9% suku ke suku peningkatan dalam pendapatan global dengan rekod $8.2 bilion.
Sehubungan itu, peranan Web3 juga adalah sebahagian untuk menarik serta mengekalkan sisi pelanggan muda di Starbucks.
Bulan April lepas, Starbucks mengumumkan rancangannya untuk beralih arah kepada perniagaan nonfungible token (NFT) untuk tidak ketinggalan dengan syarikat F&B yang lain. Schultz juga mengatakan mereka akan bergiat dalam perniagaan NFT sebelum akhir tahun ini.