Ketegangan yang mereda antara Rusia dan Ukraine telah mendorong logam kuning emas tergelincir dari paras tertinggi lapan bulan selepas pelabur mula mengurangkan pegangan terhadap safe-haven.
Pada sesi Asia, spot emas diniagakan didagangkan pada $1,851 per auns susulan kejatuhan dari paras $1,879 yang dicapainya pada Selasa. Sementara niaga hadapan emas pula susut sekitar $1,853 per auns.
Terbaharu, Rusia telah mengumumkan pengunduran beberapa pasukan tenteranya dari sempadan Ukraine setelah pertemuan Presiden Vladimir Putin dengan Canselor Jerman Olaf Scholz.
Walaupun risiko masih ada berikutan masih terdapat tentera Rusia yang mengadakan latihan di Belarus, tetapi pasaran dilihat beransur-ansur pulih yang melihatkan aset safe-haven kembali mencatat penyusutan, termasuk emas.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-forex-opps-emas-terjatuh-162?si=ec08550a6dff4a64835adc7e2425f50d&utm_source=clipboard&utm_medium=text&utm_campaign=social_sharing
Penurunan yang dicatatkan emas turut menyusuli lonjakan semula hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang kembali meningkat pada 2%, paras tertinggi dua tahun.
Bagaimanapun, data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat yang menunjukkan peningkatan melebihi jangkaan sedikit sebanyak membantu emas untuk membataskan kemerosotannya.
Data inflasi UK, jualan runcit AS serta laporan minit mesyuarat FOMC yang bakal dikeluarkan pada sesi dagangan hari ini akan dijadikan tumpuan untuk menentukan pergerakan emas seterusnya.