Dagangan emas gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi di tengah kebangkitan semula raja mata wang US dolar dan hasil bon AS yang kuat membataskan pergerakan logam berharga itu.
Pada sesi Asia, emas diniagakan sedikit susut pada sekitar harga $1,932 per auns, dengan niaga hadapan emas pula berlegar $1,936 per auns.
Logam kuning itu telah merosot sekitar 2.7% setakat ini dalam seminggu dan berada di landasan untuk minggu terburuknya sejak akhir November.
Emas sebelum ini meningkat susulan kejatuhan US dolar dan turut mendapat sokongan daripada data inflasi Eropah yang menunjukkan peningkatan ke paras tertinggi terbaharu sebanyak 5.9% pada bulan Februari.
Bagaimanapun, pergerakan emas kembali terbatas apabila US dolar kembali memaparkan setelah pelabur menilai keputusan Federal Reserve (Fed) untuk menaikkan kadar. Ini turut disokong oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih tinggi pada 2.18%.
Dalam pada itu, perkembangan mengenai isu geopolitik turut mengehadkan dagangan emas, di mana tentera Rusia dilaporkan terhenti dalam kemaraan mereka di bandar-bandar Ukraine.
Sementara pegawai dari kedua-dua negara bertemu sekali lagi untuk rundingan damai tetapi mengatakan kedudukan mereka kekal jauh ketika perang memasuki minggu keempat.