Mencuri tumpuan pelabur pada sesi Asia adalah peningkatan yang dipamerkan dagangan logam berharga emas susulan penyusutan US dolar.
Ketika penulisan, harga emas meningkat pada $1,755 per auns manakala niaga hadapan emas pula sedikit lebih tinggi pada $1,768 per auns.
Harga emas telah meningkat untuk dua hari berturut-turut apabila dolar greenback berundur dari paras ketinggian hampir 20 tahun.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/harga-emas-minyak-lebih-tinggi?si=ff7c279f1e904bf0a13f356f5aac6ea8&utm_source=clipboard&utm_medium=text&utm_campaign=social_sharing
Namun, pelabur tetap berwaspada daripada mendorong emas lebih tinggi menjelang ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell di simposium Jackson Hole pada Jumaat.
Pelabur secara meluas menjangkakan ketua bank pusat itu akan mengulangi pendirian hawkish Fed, tetapi petunjuk mengenai kadar kenaikan dalam kadar faedah boleh memberi dorongan untuk pergerakan lebih besar dalam pasaran.
Sementara menantikan simposium tersebut, pelabur akan menumpukan perhatian terlebih dahulu kepada terbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat pada sesi New York.
Selain itu, dagangan emas juga terbatas daripada meningkat lebih jauh berikutan pengukuhan dalam hasil bon AS 10 tahun pada 3.1%.