Pendedahan laporan pendapatan suku ketiga oleh syarikat exchanger mata wang kripto, Coinbase menyaksikan sejumlah kerugian yang besar untuk suku ketiga tahun 2022 mengatasi jangkaan penganalisis.
Coinbase telah mengalami kerugian sebanyak $545 juta walaupun menjana keuntungan $400 juta pada tahun lepas.
Rentetan itu, hasilnya menjunam lebih 50% berbanding tahun sebelumnya susulan para peniaga serta pelabur runcit dikatakan telah meninggalkan pasaran kripto semasa musim kejatuhan harga berlaku.
Secara rekod, bilangan pengguna di Coinbase menyusut sepanjang tahun berbanding 9 juta pengguna pada suku sebelumnya dan 9.2 juta pada suku pertama.
Namun, syarikat tersebut melaporkan mempunyai pengguna aktif bulanan pada suku ketiga sebanyak 8.5 juta walaupun penganalisis meramalkan 7.54 juta.
Sementara itu, harga saham Coinbase merosot lebih 75% pada tahun ini manakala sahamnya meningkat 5% pada $58.65 sejurus selepas ia merosot 8% semasa penutupan pasaran.
Difahamkan bahawa Coinbase sebelum ini membuka peluang untuk mengupah lebih banyak pekerja yang berminat mendalami serta membangunkan kripto selepas syarikatnya semakin berkembang pesat.
Namun begitu, sebaliknya berlaku pada tahun 2022 apabila pasaran kripto mula bertukar arah dengan harga-harga membuat kejatuhan drastik dan mengakibatkan kebanyakan perniagaan bertindak mengurangkan bilangan pekerjanya.
Oleh demikian, Coinbase dikatakan telah membuang lebih 1,000 pekerja atau 18% daripada tenaga kerjanya.