Telegram, aplikasi pemesejan popular berjaya melangsungkan pasaran baharu yang bakal dibina atas rantaian blok Telegram Open Network (TON) agar berfungsi sebagai platform lelongan.
Idea berikut sebenarnya telah dibentangkan oleh pengasas aplikasi tersebut, Pavel Durov sejak bulan Ogos lagi sejurus selepas Yayasan TON melelong domain DNS TON.
Rentetan itu, Telegram buat pertama kali menyediakan lelongan username dimulakan dengan empat hingga lima huruf yang akan berlangsung selama seminggu.
Oleh demikian, harga minimum untuk username empat huruf berkemungkinan ditetapkan pada 10,000 Toncoin (TON).
Malah, pengguna Telegram turut dibenarkan melelong nama penggunanya sendiri dengan mempunyai pilihan sama ada ingin memindahkan atau menjual pembeliannya di pasaran tertentu.
Menurut Andrew Rogozov, ahli pengasas Yayasan TON menyatakan bahawa perkembangan tersebut mampu mempercepatkan lagi penggunaan blockchain.
Diperjelaskan, Telegram berusaha memasukkan ciri Web3 ke dalam operasinya dengan memiliki ramai pengguna mendalami Web3 dan kripto.
Secara konteks, syarikat tersebut telah merasmikan projek pembangunan rantain blok TON pada tahun 2018, tetapi projek itu mencapai penghujungnya apabila terdapat perdebatan mahkamah antara Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) berkaitan tawaran token bernilai $1.7 bilion.
Namun begitu, Telegram meneruskan semula Yayasan Ton selepas Telegram wallet Bot membenarkan penggunanya menghantar kripto dalam aplikasi melalui rantaian blok TON.